Saturday, February 11, 2012

Promosi Sharing is Caring!

Kerana sokongan berterusan si chantik semua, kitorang rasa sesuai sangat buat promosi berkumpulan! hehehehe...
Share dengan kawan-kawan kamu dan dapat kan harga promosi.

 SHARING IS CARING PROGRAM

1 si chantik  + 2 kawan  =  3 Botol

3 BOTOL = RM 237  jimat RM 33 (harga normal) 

1 si chantik  + 4 kawan  = 5 Botol

5 BOTOL = RM 375  jimat RM 75 (harga normal)


**Harga diatas tidak termasuk postage tau!



Sila info 3 hari lebih awal ye yunk, Bank in duit, sms details and address ke 012-2796144 (Kak Onie) .Akak arrange postage.




Jumpa lagi...Luv..Luv!

Along kakak sulungku! Cikgu bunga sekuntum

Jarang citer pasal Along, sebab dia duduk jauh sikit.Along ni cikgu, dia macam emak2 sikit. Syahdu kalau dia bagi "ceramah" heheheh..

Along aku ni perangai dia style gilez, aku rasa la. Dia g Sekolah macam model katalog, kalau baju biru habis semuanya ikut tema.Dari handbag,kasut,tudung..segalanya sama color.Tapi bagi aku paling funny warna hijau da macm sesumpah da Along aku.Kengkadang dia letak pin bunga kat tudung.Murid2 panggil dia cikgu bunga sekuntum. Kalau dia suka patern baju tu, dia borong semua color...Kagum aku!
Layan gambar along sikit!
Sopannyerr...


biru..

Cikgu bunga sekuntum...heheheheh

Along ni tertib, itu tak boleh ini tak boleh...tapi bagus untuk anak2 dia. Tu yang Aqil score 5A...disiplin ooo!



Masa kecik2 dulu pun sama dia yang palingrajin tolong uwan kat dapur, kat kebun. Aku ngan kak Ija daun palas(malas)...hehehehe
Tak lah.....uwan tu yang tak kasi ikut g kebun, takut kitorang kene gigit nyamuk...huhhuhuhuhu
Bila ingat masa kecik sian kat along.Dia tak de Buddy, tu yang kawan ngan cik Timah sebelah umah .Effect sampai sekarang makcik2 mmg suka kat dia.Dari jauh dia da tegur  "Cik...."dengan senyum menguntum dibibir dan control cun.
Aku ngan kak Ija kes tenat...nampak achik2 lalu nyuruk....heheheheh.Kitorang tak tahu apa nak borak la cik...Sorry ye!  Sampai balik kampung jiran pun tak tahu kitorang ada dalam umah.memerap jer!

Tapi ada satu Along untung mak sayang sgt kat dia (mak pun tak nafikan), yang menyampahnye,semua kegiatan haram kitorang dia g report.hish! Along ni...
 Jadi masa remaja, mak bagi dia macam-macam produk tuk tepek kat muka.Habis muka along aku.Along jadi hasil kajian emak, dia ikut jer sbb Along ni taat sikit.Kami berdua ni tak boleh kompromi rimas nak cuba-cuba  produk ni.Tu yang muka kitorang masih tak tercemar ngan experiment mak...hehehehh

 Emak yang tembam

Along special!.dulu kitorang jeles sgt kalau balik umah uwan dia dapat tidur dalam satu bilik sengsorang.Kitorang berdua tido ngan uwan satu katil 3 orang.Tak boleh tukar posisi,uwan bising.
"Cam ayam nak bertolo kau ni lah" uwan selalu cakap cam tu.Heheheheh
Kitorang tak kisah,tetap gelak2 atas katil borak bisik2. Uwan marah kejap jer.

Along mmg hebat , kecik2 da pandai bawak diri.Dia tabah. Aku jarang tengok dia menangis. Dia suka memendam rasa, kurang berkongsi masalah dengan orang. Kalau gelak muka dia merah. Bulu kening tak de(cam aku gak),hidung mancung, iras hindustan
(mak selalu cakap dia paling cantik antara kami bertiga).Dia rajin, pembersih, cekap buat kerja, tertib.suka masak  lauk penuh satu meja.Suka tido bila ada tempat rata.Cakap dia bermadah pujangga,kalau dia bercerita penat nak tunggu habis,setiap inci dihuraikan,tanpa satu pun yang tertinggal....tapi aku tak pernah sekali melawan along. ntah la! aku selalu bertekak manja ngan kak Ija (until now) ngan Along tak pernah sekali seumur hidup aku.Along vulnerable (mudah tersinggung) .
tapi aku faham dia...


kami bertiga....dulu aku paling pendek sekarang aku paling tinggi (2 inchi) heheheheh


Kitorang hidup sendiri, kalau nak tersasar memang boleh,tapi kami bertuah Allah lindungi hati kami. Terima kasih pada Along , Kak Ija yang selalu membimbing aku.
Kami bertiga umpama gelung besi, saling berpaut tak kan terlelepas.
Mungkin sikap kami berbeza pandangan kami berlainan.Tapi kami punyai jiwa yang sama, hati yang keras bagai batu . Berdikari pada usia belasan tahun mengajar kami banyak pengalaman hidup. Tiada jalan pintas untuk senang.
Berusaha selagi terdaya ,bila penat bersandar sebentar,dan kemudian kami kemudi kehidupan semula.


Uwan  terbaik! dia nyawa aku, berehat sebentar menunggu kami.Aku redha! Dia pergi membawa separuh jiwa kami..Rindu!kami tak pernah berhenti menyayanginya.Ketika tiada siapa yang mahukan kami ,manusia kurus inilah yang menghambakan hidup hingga terpejam matanya.Tak pernah sekali mengeluh,walau sekali!


 Along Best!dia emak aku. Kak Ija Hot! dia kawan baik aku. Aku bersyukur Allah  bagi aku ujian dari dalam rahim emak dan ganjarannya uwan & mereka berdua.Adilnya! Aku beruntung ada kalian.
Sayang kamu sangat!

Along, Kak Ija & Aku - Family kami besar walau pun hanya ada kami bertiga.Anak2 penyambung pejuangan kami.