Tuesday, February 28, 2012

Petua (Sajer nak share...) Health Cures

Cara Gila2 (Tapi Bijak)Cosmo Health Report

Jerawat baru nak "naik" diwajah.
Tuang air panas pada sudu selama 10 saat, kemudian gunakan permukaaan sudu untuk tekan kat mana jerawat tu timbul.Untuk lambatkan penumbuhan dan mengecilkan size-(Cubala...)


Kulit gatal disbbkan nyamuk gigit
Ubat gigi pudina akan kurangkan rasa gatal yang kamu alami.

Bibir Mengelupas
Pedapkan sedikit mentega,marjerin @ minyak zaitun, biarkan beberapa minit sebagai pelembab pas tu bilas-(akak da cuba trust me- excellent)

Muka merah masa meeting (Selalu happen bila malu n gabra-like me...selalu sgt)
Minum secawan air sejuk, akan redakan pengembangan saluran darah yg akan halang rupa kamu jadi merah!-(ni pun sama my big problem last time...sampai orang tahu perasaan kita,nasib baik ada petua ni)

Akak kongsi tu dulu yer...


안녕히 계세요 (annyeonghi gyeseyo)..Bye!

Hi! Cantik

Hi adik2ku yg chomel!huhuhu!
Collagen n Acai Berry da re-stock tau!Kalau nak order da boleh. Akak nak ucapkan terima kasih bebanyak yang buat 2nd & 3rd order, yang order 5 Botol wat stock tu ..pun timo kasih...hehehhehe..pandai betul! Yang antar sms sebundle tu pun time kasih gak , korang bagi akak info akak share kat sini.

Collagen rupanya lebih cepat effect dia bila makan ngan acai berry-Thanks si chantik kat Kedah tu ye!
Collagen wat mask  best sangat kulit jadi lebih lekat make-up-Thanks girl dari Batu Caves
Collagen pakai kat muka wat mmg bau dia macam ikan kering tapi esoknyer muka glow abis-Thanks to me!
Acai Berry minum ngan air Dutch Lady Strawberry ,sedap sgt!-Thanks to girl dari Puchong
Collagen leh wat mask bibir,nanti kurang bibir merekah-Thanks to me!
Collagen + ngan night cream,muka sure glow-Thanks to Kak Cherry-my "gorges" sister!
Collagen + Horlick tak rasa sgt ke "ikan" an nyer,huhuhu-Thanks to girl kat Klang
Acai berry boleh tahan sampai 2 bulan setengah-Thanks to si chantik kat Shah Alam!

Akak saje tak nak tulis sape nama kamu, baru misteri sikit!But ur Hot girls..



Sharing is Caring
(kamsahamnida)-K-Drama Thank You!

Sorry! (mianhamnida) Korean K-Drama!

Si Chantek semua!
Akak mintak maaf tak reply message n tak layan kat lam FB pun, akak tak sihat la yunk ,ari ni da boleh on Handphone balik, sms me kalau nak tanya ape2 ye!Sorry!


Monday, February 27, 2012

Oh!Mata

Jangan jadi macam aku, kerana terlalu bussy la konon, aku terlupa menjaga diri...tengok apa jadi!Ngeri kan?

Demam virus + Eyes Infection ...Nasib baik Hubby antar ke Spital,amik darah, sbb da dapat Surat refer kat sana sebenarnya...n tadaaaa...5 hari cuti sakit!Padan muka aku!Ni la balasan orang yang Degil!Insaf-Insaf!

Tapi tetap cool bila pakai spek itam oiii...Lihat la!no make up,no worry!

Ni muka bila kene paksa makan lepas kene amik darah!

Wif my lovely little princess yang sporting, walaupun lama kat spital!

Kehidupan sangat penting dengan kesihatan, jangan abaikan kesihatan kerana kerja...sampai bila2 pun kerja tak habis, amik iktibar! Basuh tangan bersih2, jangan skip Breakfast n Lunch .Makan sayur banyak2!
Makan Collagen n Acai berry jangan nak ngelat!Letak mask Collagen 3 ari sekali. Sebab walaupun sakit kulit Best jer ,without makeup!   Hehehe...Alhamdullilah anugerah Allah SWT dan hasil usahaku!

I'm hot Babe!Huhuhuhu

Selalu bersih kan hati, sayang pada orang sekeliling...aura positif untuk Awet muda!
Sarang haeyo!

Tuesday, February 14, 2012

AKU TERLUPA BERTERIMA KASIH

Hari ni aku tersedar,sebenarnya aku terlupa ramai yg membantu aku dalam melayari kehidupan kecilku.Tanpa hubungan kekeluargaan dan tanpa sebarang syarat.Hulurkan bantuan dan Kasih sayang.
Aku tidak mampu membalas jasa baik kalian , yg termampu ku ucapkan Terima Kasih!
Aku hanya gadis kecil biasa yang kadang-kadang nakal tetapi tahu asal-usulku!

Induk Mayah
Terima kasih sebab jaga onie dari kecik sampai besar, Takut kan onie ngan Koling Sabit. Tak pernah marah Onie. Selalu bagi Onie makan. Jaga onie masa emak g kerja ,uwan g Kebun. Hanya Allah yg akan membalas jasa Induk.Onie,anak Chino induk da besar!

Mak Teh Izan
Terima kasih sebab selalu bawak onie g jenjalan, belikan onie anak patung, pakai kan Onie baju cantik2,bagi onie rasa makan anggur yg sedap.Ikat rambut onie tocang 2.Tapi Onie lupa nak ucap Terima Kasih! Terima Kasih Mak Teh!Onie,anak Jopun Mak Teh da Besar!

Dan Onie nak ucap terima Kasih gak pado Uwan2 dan Atuk2 (Al-Fatihah) kat Sungai Lui yang selalu jadi keluarga Onie.Yang selalu ejek onie anak chino rail ketapi, onie ingat boto la cam tu..Sodih tul!...Tapi onie da tahu sekarang onie ni anak emak dan uwan ! 

Bila Onie remaja, Kawan ini la yg banyak membantu Onie, mendengar masalah.Tidak pernah menilai Onie dgn wang ringgit.Onie tak de kawan bukan kerana onie sombong tapi onie rendah diri. Maafkan Onie...Onie belajar tentang kehidupan pada usia yg mentah.Kalian membantu,tanpa sedar.Tak terbalas budi kalian,doaku agar kalian bahagia dgn hidup masing2.Terima kasih kerana menjadi kawan Onie.

Linda....Terima Kasih!

Ita...Terima Kasih!


Wani...Terima kasih!

Jasa kalian tak terbalas!


Monday, February 13, 2012

STOCK AKAK TINGGAL 6 SET JER!

Si Chantek!

Akak hanya ada 6 set jer ,untuk harga promosi ye!
Klau nak booking tolong sms akak tau!.Terima kasih sokongan adik2 sgt kami hargai!Sarang haeyo!


DA POST TAU!

To Collagen n Acai girls..Tracking no :

EM152318485 MY-NORZAMZARINA ABD LATIF
EM152318450 MY-FAZLEEN SYAFIQAH
EM152318477 MY-NORAZIAH NORDIN
EM152318225 MY-ROSLIZAN -ZALEHA
 
 

ACAI BERRY (90 GRAM) RM 90


Sian Acai Berry..di anak tirikan, akak bagi info ni tau..jemput baca...hehehheh

KHASIAT ACAI BERRY
Acai boleh membantu kualtiti tidur dengan lebih baik
Ini disebabkan ianya mengandungi zat nutrien seperti vitamin B C dan lain-lain lagi, acai berry mampu menurunkan tingkat stress dan membantu komunikasi antara sel-sel diotak. Acai berry mampu melakukan hal ini dengan membantu pembuatan neurotransmitter. Beberapa neurotransmiter adalah serotonin dan dopamin.

 Acai dapat tingkatkan tahap tenaga anda
Acai berry digunakan oleh atlit terkenal seperti Venus Williams, kerana acai mempunyai banyak nutrisi, terutamanya banyak lipid yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap tenaga anda. Inilah sebabnya Acai berry boleh digunakan setiap hari untuk meningkatkan tahap tenaga anda.

Acai berry dapat mengurangi kolesterol
Acai mempunyai banyak EFA (Essential Fatty Acids). Asid ini mengekalkan kolesterol baik (HDL kolesterol) dan pada masa yang sama, itu akan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL kolesterol). Kedua-dua tindakan yang dilakukan oleh EFA, akan mengakibatkan jauh lebih baik sirkulasi darah dalam tubuh anda.

Acai boleh membantu anda menurunkan berat badan
Jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan, maka acai berry amatlah sesuai sekali untuk anda. Acai berry membantu menurunkan berat badan kerana acai berry akan melambatkan rasa lapar dan membantu mengawal nafsu makan. Ini karena acai berry memiliki indek glisemik yang rendah.

Acai berry dapat membantu mengurang stress anda
Acai adalah pembantu yang hebat dalam pertempuran melawan stres! Terutamanya kerana acai mampu membetulkan tahap stres dalam badan dan kemudian memperbaikinya.

Acai Dapat Meningkatkan Kesihatan Seksual Anda
Acai dikenali kerana mempunyai antioksidan dan anti-inflamasi yang boleh melawan kemandulan yang disebabkan oleh pencemaran udara, stres dan faktor yang berkaitan dengan radikal bebas.

 Acai Boleh Melegakan Haid Bulanan Wanita

Berita baik bagi wanita! Terutamanya yang mengalami kesakitan haid teruk pada setiap bulan! Acai sangat kaya dengan kalsium dan ia mampu meredakan kesakitan dari kembung dan kram.


 Acai Dapat Membantu Melawan Kedut dimuka

Acai Juice yang mempunyai kuantiti anthocyanin dan phytisterols yang tinggi dimana boleh melindungi kolagen (dan jaringan tisu lainnya) dan cara ini anda akan melambatkan kerdut yang lebih awal.


 Minum acai Dapat Membuat Gigi Kukuh

Kalsium diacai bukan hanya baik untuk meredakan kram dan kembung, tetapi juga membantu anda memiliki gigi yang lebih kuat, senyuman yang lebih putih dan juga mencegah gingivitis atau penyakit2 gusi.


Acai dan Mata anda

Jus acai membantu meningkatkan visi anda, mengurangkan komplikasi degenerasi makula pada penderita diabetes. Ini kerana vitamin C dan beta karotena yang ada diacai.


Acai Dapat Bantuan Warna Kulit anda

Disebabkan acai mengandungi pitosterol, dengan meminum Acai berry anda akan dibantu mengurangkan kehausan bawah kulit anda di luar lapisan pelindung dan memperbaiki warna kulit anda.


Acai Boleh Melewatkan Ketuaan

Acai berry boleh membantu memperlambat penuaan sebab acai mempunyai anti-oksidan yang kuat dan regenerative nitrisi sel ynag membantu untuk beroperasi secara optimum. Ini mungkin salah satu sebab yang paling penting untuk minum jus acai.


 Acai Dapat Melindungi Saluran Darah

Dengan meminum Acai berry anda akan melindungi arteri, kapilari, vena dan pembuluh darah. Hal ini mungkin karena anthocyanin yang ada diacai.


Acai Dapat Meningkatkan Daya Tahan dari Penyakit

Disebabkan acai mempunyai banyak nutrisi, Acai berry membantu sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan daya tahan tubuh anda untuk segala macam penyakit.


Acai Bolehkah Meningkatkan Tahap Lipid dan Glukosa

Acai memiliki indeks Glisemik rendah yang meningkatkan tahap kedua duanya.


Acai Boleh Mengdetoksifikasi Dan Mencuci Tubuh Kita

Acai telah digunakan untuk waktu yang lama sekarang untuk mendetoksifikasi tubuh manusia.


Acai Mampu Membantu Masalah Ulser

Disebabkan ia mengandungi antibakteria, acai mampu menghancurkan fungy, bahkan bakteria dan parasit yang mana menyebabkan masalah gastrik.


Acai Mungkin Mampu Mengurangi Risiko Penyakit Alzheimer

Menurut sebuah pada tahun 2004, yang ditemui dalam Archives of Neurology, orang yang minum acai dapat mengurangkan risiko mengidap penyakit Alzheimer kerana acai mempunyai jumlah lebih besar vitamin E dan C.


Acai Adakah Penolong Besar Terhadap Osteoporosis

Di sebabkan Acai mempunyai jumlah kalsium meningkat, osteoporosis yang buruk akan cuba menjauhi.


 Acai Bolehkah Melawan BPH (pembesaran prostat)

Acai adalah musuh ketat BPH (Benign Prostate Hyperplasia). BPH adalah pembesaran prostat.



Acai mampu membantu menghalang Retinopathy

Bagi orang-orang yang menghidap diabetes Acai adalah berita gembira, kerana ianya membantu kapilari yang lemah yang boleh mengakibatkan retinopathy dan boleh menyebabkan kebutaan.


Acai Bolehkah Mencegah Beberapa Penyebab Dari Penyakit Jantung

The acai juice mempunyai agen perlindungan jantung yang kuat iaitu antioksidan bernama polifenol. Produksi Nitric oksida dalam sel endotel ditingkatkan oleh anthocyanin. Oksida nitrik bertanggungjawab untuk relaksasi dan pembesaran dinding saluran darah dan ini bermakna tekanan rendah pada jantung. Lagi menarik, aliran darah anda akan meningkat dan akan menurun risiko penyumbatan saluran darah.


Sterols Dari acai Dapat Membantu Menurunkan Tekanan Darah anda

Para sterol bertanggungjawab untuk banyak hal-hal yang baik bagi tubuh anda. Sterol merupakan komponen membran sel tanaman. Ianya digunakan dalam hal-hal yang berkaitan pengubatan dengan tekanan darah.


Acai Dapat Membantu melegakan simptom Asma

Acai mampu meningkatkan gejala asma kerana mempunyai banyak vitamin C yang merupakan antioksidan yang sangat kuat. Vitamin C memiliki bahan anti-inflamasi yang membantu menghilangkan gejala asma.


Acai Dapat Bantuan Juga Lapangkan Gejala Dari Crohn’s Disease

Acai mengandungi bahan anti-flamatori, ia mampu menghentikan malabsorpsi zat nutrisi yang penting bagi tubuh. Dengan cara ini, acai mencegah kerosakan pada dinding usus kecil anda.


Acai Mamput Membantu Menghilangkan Rasa Sakit Arthritis

Sekali lagi, kemampuan anti-inflamasi acai boleh membantu menghilangkan rasa sakit disebabkan oleh arthritis.


Acai Dapat Membantu Mencegah Kerosakan Free-Radical di Sistem Kekebalan (immune)

Pengoksidaan (radikal bebas) merupakan salah satu punca utama kelemahan kekebalan (disfungsi). Acai melawan ini dengan ketangguhan sistem kekebalan tubuh.


 Acai Juga Bertindak Seperti Astringen

Astringen adalah bahan yang tirus, kontrak, mengencangkan tisu seperti kulit kita. Astringen dimanfaatkan untuk menghentikan pendarahan dari luka kecil dan untuk diberikan kepada kulit yang segar, kesemutan.


Acai Dapat Memerangi Kanser

Acai mencegah dan menurunkan risiko kanser. Acai melawan kanser payudara, kulit, perut, kanser paru-paru dengan meneutralkan radikal bebas sebelum mereka boleh merosakkan sel-sel.


Acai Bolehkah Mengatasi Acid Reflux!

Antioksidan diacai mampu membantu melindungi dan memperbaiki kerongkong lebih rendah ketika ianya dirosak oleh asid Reflux disease (GERD). Acai juga mengurangkan keasidan isi perut ketika berlaku refluks. Ini kerana, acai mempunyai kesan supresi asid.


 Acai Dapat Menguatkan Tubuh anda

Acai lebih banyak protein dari telur ayam dan mampu membantu tubuh anda lebih kuat.


Acai Bolehkah Meningkatkan Kontraksi Otot Dan Regenerasi

Acai mempunyai campuran mineral dan asid amino yang membolehkan membantu tindakan kontraksi otot dan regenerasi selepas aktiviti yang meletihkan.


Acai Bolehkah Meningkatkan Fungsi Sel-sel ‘Immune’ (kekebalan)
Menurut kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Sports Medicine, acai meningkatkan fungsi sel-sel kekebalan oleh limfosit memodulasi kekebalan tubuh dan mencegah penekanan. Ini semua disebabkan oleh beta-Sitosterol yang ada dari acai.

Acai Boleh Bertindak sebagai Anti-mutagenik

Acai membantu dalam pencegahan kerosakan struktur DNA kita dan mengurangkan risiko yang mungkin ditimbulkan oleh mutagen.


Acai Dapat Melawan Virus

Acai mengurangkan kekerapan penyakit berjangkit seperti virus, fungi atau jangkitan bakteria.


Acai Dapat Meningkatkan Penghadaman

Acai serat makanan membantu usus besar kita dan saluran penghadaman.


Acai Dapat Memberikan anda Mental yang lebih Jelas

Acai membantu kewaspadaan kita dan fungsi mental dengan lemak omega 3.


Acai Menggalakkan Kesihatan Keseluruhan

Dengan antioksidan kuat, acai membantu membangun dan menambahkan kembali tubuh kita.


Acai Dapat Bantuan Tenaga Tubuh Kita

Acai membantu dengan perlindungan seluruh tubuh.



Saturday, February 11, 2012

Promosi Sharing is Caring!

Kerana sokongan berterusan si chantik semua, kitorang rasa sesuai sangat buat promosi berkumpulan! hehehehe...
Share dengan kawan-kawan kamu dan dapat kan harga promosi.

 SHARING IS CARING PROGRAM

1 si chantik  + 2 kawan  =  3 Botol

3 BOTOL = RM 237  jimat RM 33 (harga normal) 

1 si chantik  + 4 kawan  = 5 Botol

5 BOTOL = RM 375  jimat RM 75 (harga normal)


**Harga diatas tidak termasuk postage tau!



Sila info 3 hari lebih awal ye yunk, Bank in duit, sms details and address ke 012-2796144 (Kak Onie) .Akak arrange postage.




Jumpa lagi...Luv..Luv!

Along kakak sulungku! Cikgu bunga sekuntum

Jarang citer pasal Along, sebab dia duduk jauh sikit.Along ni cikgu, dia macam emak2 sikit. Syahdu kalau dia bagi "ceramah" heheheh..

Along aku ni perangai dia style gilez, aku rasa la. Dia g Sekolah macam model katalog, kalau baju biru habis semuanya ikut tema.Dari handbag,kasut,tudung..segalanya sama color.Tapi bagi aku paling funny warna hijau da macm sesumpah da Along aku.Kengkadang dia letak pin bunga kat tudung.Murid2 panggil dia cikgu bunga sekuntum. Kalau dia suka patern baju tu, dia borong semua color...Kagum aku!
Layan gambar along sikit!
Sopannyerr...


biru..

Cikgu bunga sekuntum...heheheheh

Along ni tertib, itu tak boleh ini tak boleh...tapi bagus untuk anak2 dia. Tu yang Aqil score 5A...disiplin ooo!



Masa kecik2 dulu pun sama dia yang palingrajin tolong uwan kat dapur, kat kebun. Aku ngan kak Ija daun palas(malas)...hehehehe
Tak lah.....uwan tu yang tak kasi ikut g kebun, takut kitorang kene gigit nyamuk...huhhuhuhuhu
Bila ingat masa kecik sian kat along.Dia tak de Buddy, tu yang kawan ngan cik Timah sebelah umah .Effect sampai sekarang makcik2 mmg suka kat dia.Dari jauh dia da tegur  "Cik...."dengan senyum menguntum dibibir dan control cun.
Aku ngan kak Ija kes tenat...nampak achik2 lalu nyuruk....heheheheh.Kitorang tak tahu apa nak borak la cik...Sorry ye!  Sampai balik kampung jiran pun tak tahu kitorang ada dalam umah.memerap jer!

Tapi ada satu Along untung mak sayang sgt kat dia (mak pun tak nafikan), yang menyampahnye,semua kegiatan haram kitorang dia g report.hish! Along ni...
 Jadi masa remaja, mak bagi dia macam-macam produk tuk tepek kat muka.Habis muka along aku.Along jadi hasil kajian emak, dia ikut jer sbb Along ni taat sikit.Kami berdua ni tak boleh kompromi rimas nak cuba-cuba  produk ni.Tu yang muka kitorang masih tak tercemar ngan experiment mak...hehehehh

 Emak yang tembam

Along special!.dulu kitorang jeles sgt kalau balik umah uwan dia dapat tidur dalam satu bilik sengsorang.Kitorang berdua tido ngan uwan satu katil 3 orang.Tak boleh tukar posisi,uwan bising.
"Cam ayam nak bertolo kau ni lah" uwan selalu cakap cam tu.Heheheheh
Kitorang tak kisah,tetap gelak2 atas katil borak bisik2. Uwan marah kejap jer.

Along mmg hebat , kecik2 da pandai bawak diri.Dia tabah. Aku jarang tengok dia menangis. Dia suka memendam rasa, kurang berkongsi masalah dengan orang. Kalau gelak muka dia merah. Bulu kening tak de(cam aku gak),hidung mancung, iras hindustan
(mak selalu cakap dia paling cantik antara kami bertiga).Dia rajin, pembersih, cekap buat kerja, tertib.suka masak  lauk penuh satu meja.Suka tido bila ada tempat rata.Cakap dia bermadah pujangga,kalau dia bercerita penat nak tunggu habis,setiap inci dihuraikan,tanpa satu pun yang tertinggal....tapi aku tak pernah sekali melawan along. ntah la! aku selalu bertekak manja ngan kak Ija (until now) ngan Along tak pernah sekali seumur hidup aku.Along vulnerable (mudah tersinggung) .
tapi aku faham dia...


kami bertiga....dulu aku paling pendek sekarang aku paling tinggi (2 inchi) heheheheh


Kitorang hidup sendiri, kalau nak tersasar memang boleh,tapi kami bertuah Allah lindungi hati kami. Terima kasih pada Along , Kak Ija yang selalu membimbing aku.
Kami bertiga umpama gelung besi, saling berpaut tak kan terlelepas.
Mungkin sikap kami berbeza pandangan kami berlainan.Tapi kami punyai jiwa yang sama, hati yang keras bagai batu . Berdikari pada usia belasan tahun mengajar kami banyak pengalaman hidup. Tiada jalan pintas untuk senang.
Berusaha selagi terdaya ,bila penat bersandar sebentar,dan kemudian kami kemudi kehidupan semula.


Uwan  terbaik! dia nyawa aku, berehat sebentar menunggu kami.Aku redha! Dia pergi membawa separuh jiwa kami..Rindu!kami tak pernah berhenti menyayanginya.Ketika tiada siapa yang mahukan kami ,manusia kurus inilah yang menghambakan hidup hingga terpejam matanya.Tak pernah sekali mengeluh,walau sekali!


 Along Best!dia emak aku. Kak Ija Hot! dia kawan baik aku. Aku bersyukur Allah  bagi aku ujian dari dalam rahim emak dan ganjarannya uwan & mereka berdua.Adilnya! Aku beruntung ada kalian.
Sayang kamu sangat!

Along, Kak Ija & Aku - Family kami besar walau pun hanya ada kami bertiga.Anak2 penyambung pejuangan kami.






Friday, February 10, 2012

Bila Kak Ija balik dari cuti...hehehhe!!!

Akak ni bukan adik yg baik sgt, tapi dapat kakak yang Best!...Setiap kali Kak Ija balik dari cuti,akak mesti dapat ole2 yg rock uuuuuu. Kawan Office selalu suruh akak Klon Kak Ija (nak akak satu cam dia) hahahhaha.  Anak kitorang pun untung, dia tak pernah lupa.Rezeki mesti kongsi bersama,prinsip kami ni!.Lagi satu kitorang shuke amik gambar cam budak2, hubby kitorang pun naik malu...Arghhhh!!!lantak la..dulu masa kekecik hidup susah tak de peluang nak wat perangai cam ni, lagi pun tinggal ngan uwan.Mau kene luku kepala gedix2 cam tu.Selain buah tangan dari percutiaannya,Kak Ija akan hidangkan mata akak ngan gambar gile2 dia. Ini hasil percutian "oversea" dia.Jamu mata sikit!



Tommy Girl-nice smell!

hehehehe..

My New Lucky Charm -Shrek wit family!Luv it..


Thanks sis,Ur Hot babe!

Cantik!

Hi! Adik2 ku yg chomel...hehehehe
Stock Collagen Dust da tak banyak tau, kalau nak wat spare da boleh order yer!.Thanks to Zaleha & Fara for ur 2nd order n continuous support.Thanks to uols gak yang tak berhenti antar sms share macam2 ngan akak, akak pun belajar banyak dari kamu.Luv...Luv..


Senyum Selalu...Sarang Haeyo!