Wednesday, April 28, 2010

PERJUANGAN DAN PENGORBANAN

HUH!!!... lamanya tak menulis... sibuk dengan kehidupan yang semakin hari semakin sibuk.. kengkadang rasa nak pengsan... paling meletihkan bagi aku adalah melayan kerenah manusia yang tak pernah mengambil tahu tentang perasaan org lain.. STRESSS....

Cuba releks kan diri sebab stress akan buat kita cepat tua... oh tidakkkkkkk!!!... terpaksa melayan org dengan perkataan yang manis2 sedangkan dalam hati.. macam nak maki... aduh... aku penat... sangat2... sesungguhnya aku kena terima hakikat manusia memang pelbagai ragamnya... dan aku sendiri tak pernah sempurna....

Aku sekali lagi diduga dengan peristiwa yang menyakitkan hati dan perasaan. Di saat aku nak ambil final exam... menerima panggilan dari seseorg yang bagi aku tiada otak utk berfikir tak ada hati utk menilai manusia. Cuba utk porakperandakan rumahtangga aku utk kesekian kali nya. Memperlihatkan kebodohan dan ketololan diri dia tu.. ishhh!!! hilang pertimbangan.... si kelam jadi mangsa... Aku cuba lupakan seketika dan hadapi final exam sebaik mungkin.. dengan si tinonit demam panas.. PERJUANGAN dan PENGORBANAN yang terpaksa aku buat.. dan buat.. dan buat... kadang2 aku letih dan tak berdaya...
Anak2 jadi kekuatan pada aku... aku bukan lemah.. aku tak sebodoh itu.. kalau dia rasa dia hebat aku lebih dari apa yang dia fikirkan... aku cuba utk baiki diri aku.. dari mengubah tingkah laku org lain.. aku tak pedulik dengan apa org pikir tentang aku... tak suka pun tak apa... tak mengurangkan apa2..

Kamu di sana.. uruskan dirimu... isteri kamu.. anak2 kamu.. bekas isteri kamu.. jgn sibuk urusan rumah tangga aku... sesungguhnya.. kamu memang biadap dan tak punya akal... pandang dan selam diri kamu sebelum caci maki org lain... bagi aku.. kamu adalah manusia yang gagal & tewas dalam hidup nya... masih belum terlambat utk berubah.. cari kerja.. bagi makan rezeki yang halal kepada anak2 kamu.. SEKIAN....