Tuesday, December 27, 2011

Onie pun pernah gemuk......

Tahun 2007, selera makan membuak2... berat naik sampai 67 kg.. mata pun tak nampak.. selepas diet setahun baru dapat berat mcm sekarang... jom layan gambar kelakar kat bawah...





Gumuksss gilosssss..




Raya 2007.. kat sini bermula cerita.. kena ejek kat family sendiri.. herkkkkkk.... camtu punya orang pun ada dlm dunia ni.. kira raya paling sakit hati lah masa tu...Kesilapanku terlalu cepat berpuashati dan lalai kewajipan pada diri sendiri.Aku lupa aku berkahwin dengan rakan sekolah yang sebaya denganku. Dia kelihatan muda daripadaku kerana berat badan ku ketika itu.


Sebenarnya aku tidak suka membazir makanan, jadi bila anak-anak dan suami tak habis aku jadi DBKL la...makan dan makan lagi.Raya ke 4 tahun tu aku termenung sensorang,kenapa aku mahu marah bila family gelakkan aku.Aku mesti berubah..untuk diriku,suami dan yang penting kesihatan diri (doktor cakap Lemak datang dengan penyakit)hehhehehe..Baru la nak insaf...
Ku bina satu azam yang tinggi untuk mencapai matlamatku.Onie Go..Go....Chaiyo...
19/12/2007 aku start diet mula2 seksa amat...tapi lama-lama seronok pulak.Setahun berlalu aku reward diriku 5 pasang baju kebaya Nyonya.  Ha...amik ko....Aku punya penimbang kalau ada nyawa happy giler kot....dapat papar angka 50kg.Lebih kurang cam ni la rupa aku...


2 Bulan aku cute miut aku mengandung anak ke3...hehehehe...
Tapi aku bersyukur atas pemberiaanNya.Berat badan aku naik lagi. Sian kat penimbang badan aku.


Pada 10/06/2009 anak perempuan pertama selamat dilahirkan.Beratku pun cukup mengerikan 80kg...herk...Pening pikir cam mana nak turun 30kg ni...


Breast feeding membataskan diet ku, aku tak mahu kerana ingin cepat kurus berat badan babyku turut terjejas. 44 hari pantang kujalani dengan kesabaran.Yang paling memeritkan bila tengok Strech mark kat perut...macam bunga ros besar lak.Ha...tunggu la ko badan nanti aku repair.Yang penting aku da ada sekuntum bunga comel.Qaseh.


2 bulan cuti pantang masuk je keje aku chubby sangat, pipi jer nampak dari jauh.Terperanjat gak budak2 Office."Asal comel sangat badan ko kak?"...perli la tu.....tak kisah Dik...akak ni memang lambat sikit nak turun....(Hati sentap jer masa tu)hehehehehh....



06/08/2009-Berat aku 64kg.Alamak susahnya nak diet,lambat sangat turun. Enam Bulan berlalu berat ku 55.5kg...tu pun puas diet dan bersenam.

Tetapi persepsiku terhadap diet kini berubah.Masa pertama kali diet dulu aku tak peduli tentang kulit,tulang,mata...ayat mudahnye...aku pakai hentam jer...asal kurus.Bila terbaca tentang Collegen dan Acai Berry,aku jadikan diriku testimoni.
3Bulan yang mengembirakan,kulit aku glow dan kesihatan jugak best.Kak ija yang start makan pun kulit dia cantik sangat.


Sebenarnya yang paling aku happy Strech mark bunga ros ku kurang kelihatan,yang dulu semua tahu orang kaya2 yang pakai laser jer boleh hilangkannya.Bagiku tiada jalan shortcut untuk diet.Kesabaran,usaha,yang penting happy-happy.....Onie Boleh!!!1 tahun aku dapat semula berat 50kg.



Rezeki anak-anak aku dipelawa menjadi model tudung.hehehe....Alhamdullilah....



Aku mama kepada 3 anak.Anak bujang pertamaku disekolah menengah sekarang.nak dekat sama tinggi ngan aku,tapi aku tetap mahu kelihatan muda dan cantik,kerana aku wanita biasa yang sukakan kecantikan.Aku mendengar, membaca dan belajar dari sesiapa sahaja,yang baik ku ambil dan yang kurang baik ku tinggalkan.Tapi bagiku aku tidak mahu mementingkan diri,aku ingin berkongsi seperti mana seseorang pernah berkongsi dengan ku.



Kecantikan itu universal,terpulang pada kalian untuk menilai.Tetapkan niat bersihkan hati aku pasti kalian berjaya.Aku banyak kekurangan tapi aku belajar untuk menjadi yang terbaik pada suami dan keluargaku.Berkongsi dengan kalian yang sering putus asa bila diet tak menjadi,aku pernah juga begitu.Kini rahsia si cute sudah terbongkar.Ikhlas dari hatiku. Sharing is Caring.










Senyum Selalu...




Salam sayang.....





3 comments:

Serry said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Aqil Haziq Blog said...
This comment has been removed by a blog administrator.